top of page

Tips Penjagaan Barang Kemas



Tidak mendedahkan barangan emas kepadabahan kimia dan berasid.

Elakkan berada di tempat yang mempunyai bahan kimia seperti bahan peluntur dan klorin. Hal ini kerana, bahan kimia ia akan menyebabkan kerosakan permukaan dan melemahkan strukutr emas.


Pastikan semburan minyak wangi tidak terkena barangan kemas.

Hal ini adalah untuk mengelakkan warna emas menjadi pudar kerana di dalam minyak wangi mempunyai alkohol. Pastikan apabila anda menyembur minyak wangi, ia tidak mengalir dan terkena pada barangan emas anda sama ada pada leher, lengan atau telinga.


Mencuci barangan kemas secara konsisten.

Barang kemas perlulah sentiasa dicuci selalu agar dapat memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Anda boleh mencuci sendiri atau lebih mudah anda menghantar barang kemas anda ke kedai emas. Sekiranya anda ingin barang kemas anda lihat seperti baru dan berkilauan, anda boleh hantar kedai emas untuk tujuan proses menggilap.


Membuka emas Ketika hendak mandi.

Jangan memakai barang kemas anda ketika mandi kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu atau pelembab rambut yang mempunyai bahan kimia akan merosakkan kualiti warna emas anda.


Menyediakan kotak simpanan yang sesuai.

Letakkan barang kemas anda di dalam kotak simpanan agar dapat mengelakkan emas anda tercalar.


Periksa keadaan barangan kemas secara konsisten.

Apabila anda telah memakai barang kemas selalu, anda perlu periksa barang kemas anda seperti di bahagian cangkuknya kerana di bahagian tersebut lebih mudah menjadi lemah dan tidak dapat ditekan dengan baik.Seandainya cangkuk anda jadi seperti itu, cepat-cepat pergi ke kedai emas untuk menukar cangkuk anda agar emas anda tidak jatuh dan hilang dimana jua. Ingat! bertindak sebelum emas anda diperhati oleh orang yang salah.

5 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page